Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

Ujian

Imej
(gambar hiasan) Habib Omar bin Hafidz bersama gurunya habib Ahmad Maula bin Tahir. Jangan mengaku beriman jika tidak mahu diuji. Ujian pasti datang selagi kamu bernafas.Carilah kaedah terbaik jika ujian datang.  Malah kamu sepatutnya menyedari, andai kamu berdepan dengan ujian , pastikan bersama kamu ada 3 perkara  1)Manhaj yang benar.  2)Guru yg mursyid.  3)Biah yg solehah.. Pastinya ujian ini akan dapat kamu rentasi dengan tenang,tenang wajahmu ,tenang watakmu,dan tenang hatimu. Bahagialah mereka yang beroleh perkara ini.Semoga kita terpilih....bicara mereka yang bertuhan. ya Allah,ya Rahman ..ya Wadud.....

Sebuah impian

Imej
Bercakap, berkempen, menulis mengenai iman, amal soleh berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran adalah satu yang mudah .Tapi melaksanakan adalah satu yang sukar, berjuang untuk memilikinya adalah  lebih sukar. Suatu yg sukar itu akan diperolehi oleh orang-orang yang terpilih .Oleh itu impilah dan gapailah cita-cita agar kita terpilih menjadi insan  ini. Allahumaanta rabbi.

Rancanglah hidupmu.

Imej
Rancanglah hidupmu. Jadikan hidup ini sebuah kehidupan yg bermakna. Jadikan kehidupan kita adalah kehidupan yang berjadual hariannya, mingguannya, bulanannya dan tahunannya. Setelah engkau merancang serahkan diri untuk ditakdirkan .Dan terimalah takdir dengan ridha. Kita berjaya untuk merancang. Kita amat berjaya jika meridhai takdir yang nampaknya tidak memihak pada perancangan kita. Hiduplah sesuka hatimu tapi ingat kamu akan mati. Maknakan kehidupanmu dengan merancang kematianmu ...yg pulang dgn jiwa yg tenang...hiduplah dengan mulia. Matilah sebagai syahid..Allahumaantarabbi....

Bacalah alQuran.

Imej
sumber google Mari jadi generasi yang kuat membaca. Bacalah al-Quran dengan hatimu,pasti al-Quran akan menghadiahkan ketenangan,keselesaan,kebahgiaan dalam hidupmu. Bacalah tulisan-tulisan yang baik. Yang akan membuka mindamu,yang menghadiahkan ilmu-ilmu baru dalam hidupmu. Bacalah,bacalah, wahyu pertama  anugerah rabb pada  rasul-Nya dan seluruh mahkluk yang bernama manusia . Marilah semaikan semangat membaca dalam diri,keluarga,masyarakat dan negara....Allahughayatuna.

Sebuah doa

Imej
 Allahu maei. Berjaya atau tidak,serahkan pada-Nya. Jangan putus asa wahai diri. Mintalah kekuatan dari rabb, bersabarlah,  perjuangan masih panjang. Hidupku dan matiku untuk-Mu ya Rahman ya Wadud,ya Hakim.