Catatan

Jauhi sombong

Imej
Tidak salah berbangga dgn tempat pengajian kita. Yang salahnya memperkecilkan tempat pengajian orang lain . Dibimbangi kita akan disinggahi sifat takabur dan sombong .Moga diselamatkan  dari racun yang  disangka penawar .Allahummagfirli....

Nota buat pendidik, ustaz, ustazah, guru dan cikgu.

Imej
Dunia pendidikan adalah dunia yang penuh ranjau dan duri. Namun andainya dunia ini diselusuri dengan ikhlas,waspada dan hati-hati kita akan berjaya menghasilkan produk yang lumayan dan berkualiti. Lahirlah mereka yg memiliki keunggulan watak,kestabilan akhlak dan keakraban kerja buat dengan jadual hidup yang dikirim dari Pemilik alam ini.  Setiap agenda disuluh dari susunan surat cinta yg dikirim.(yakni Al-Quran).  Wahai pendidik bahagialah dengan tugasmu. Teruslah berada diposisi. Teruskan riang dengan tugasmu.Hiduplah sebagai orang yg mulia dan matilah sebagai seorang Syahid.  Jom terus menjadi pendidik pada diri,keluarga,masyarakat dan negara..........

Elak dari dipuji dan memuji diri.

Imej
1) Merendah-rendahkan orang lain yang  sebenarnya adalah merendah-rendahkan diri sendiri.  2) Mendabik dada atas kelebihan diri adalah punca segala maksiat. 3) Pujilah Allah. Elak diri dari dipuji lebih-lebih lagi memuji diri . Jom beramal dgn ikhlas dan tawadhuklah .... biarpun payah..

Peringatan.

Imej
Tiga perkara jangan lupa dilakukan saban bulan : 1)Pertemuan keluarga. Berpesanlah dengan kesabaran dan kebenaran.  2) Muhasabah kewangan. Laburkan ia kepada kebaikan. Moga kredit pahala anda bertambah dari masa ke semasa.  Pastikan anda mudah ke syurga dengan pelaburan kewangan anda.  3) Khatam al-Quran . Surat cinta dari Kekasih kepada kekasih. Ada impian manis. Ada halangan-halangan yang menyedihkan . Moga kita di bangunkan dengan cahayanya. 

Serahkan urusanmu pada-Nya

Imej
Serahkan urusanmu pada Allah setelah merancang dan berusaha. Sabar berterusan kejayaan menanti. Rugilah kiranya engkau berandai-andai dengan takdir. Waspada dari berputus asa pada rahmat Allah. Setiap sabarmu akan beroleh  maghfirah. Hidup ini adalah perjalanan yang ada penghujungnya tapi tidak tahu bila dan dimana. Pakej ujian belum selesai namun garis penghujungnya sudah kelihatan biarpun masih samar.Ianya satu yang pasti...ANA ABDUKA.

Wanita, wajahmu bukan untuk tontonan umum.

Imej
Gerak minda maju wahai pejuang. Ertikan dan maknakan wanita yang baik adalah yang tidak diliihat dan  tidak melihat..jangan pamerkan wajahmu untuk tontonan  dimana saja .Wahai para rijal adabkan isterimu, anak-anakmu,saudara perempuan dan siapa yang dibawah kawalanmu dari  menjadi ratu cantik  tidak rasmi , melalui gambar yang dimasukan ke media sosial. Engkau  sepatutnya berbimbang,kerna engkau diamanahkan untuk melindungi  wanita. Wahai rijal, disiplinkan wanitamu  dengan hikmah,jangan dibiarkan wanitamu muncul dengan membawa fitnah.....Moga Allah merahmati kerja buat  kita yang mungkin dilihat kecil tapi besar dari hakikatnya.. ..Allahuakbar walillahilhamd.

Pasrahlah pada-Nya.

Imej
Allahuakbar. Katakanlah, hayatilah, semuanya kecil. Adanya bagai tiada. Maha suci Allah. Yang bernama makhluk tidak suci malah sangat kotor. Pujian pada-Nya, yang sekadar mentakdirkan dengan kalimah KUN FAYAKUN. APa perlu risau  dan gundah. Berilah hatimu pada cinta-Nya. Tagihlah kasih-Nya pada bila-bila masa. Hiduplah dengan kebersamaan-Nya. Terasa indah dan harum... Rabb, kami menagih kasih-Mu,mengharap cinta-Mu, mengintip ridha-Mu. Semoga ...kesampaian tanpa sebarang hijab.